06 Januari 2011

Suara (Ku Berharap)

Nokia 3110c di atas meja itu kepunyaan Samsul. Sengaja dibiarkannya sejak jam 2 petang, hari Kelam yang lalu.

24 jam seterusnya. Ia masih disitu. Tidak diusik mahupun dialih, dan tiada misscall pun.

24 jam kedua yang seterusnya. Seperti 24 jam sebelumnya. Tidak diusik dan disentuh juga tiada misscall pun.

18 jam selepas 24 jam yang kedua iaitu jam 8 pagi hari Indah. Lagu 'Magic' dendangan BoB ft. River Cuomo berkumandang pada Nokia 3110c tersebut. Satu call masuk, nombor yang dikenali. Samsul menekan butang gagang hijau dan dilekatkannya di telinga.

"Selamat pagi cinta!" Teriakan seorang gadis keriangan kedengarandi bahagian atas Nokia 3110c tersebut.

Samsul terus menekan butang gagang merah, meletakkan Nokia 3110c di atas meja dan terus beredar.

Hari itu sungguh indah. Sehinggakan dari pandangan belakang Samsul sahaja dapat mengetahui bahawa Samsul sedang tersenyum.

Tiada ulasan:

dana kakiterbang