18 Februari 2011

Perlumbaan Arkhan dan Dizil

Arkhan dan Dizil ingin bersaing dalam satu pertandingan. Jangan difikirkan apa itu Arkhan dan Dizil. Cukuplah sekadar tahu ianya adalah satu nama. Pertandingan merentas bukit menjadi pilihan. Ianya pertandingan tanpa peraturan bermula dari bawah bukit pertama dan berakhir di puncak bukit kedua.

Kedua-duanya dibekalkan basikal bukit. Maka bermulalah epik perlumbaan bersejarah ini. Arkhan mempunyai masalah, lambat untuk mendaki. Dizil terus laju meninggalkan jauh Arkhan menuju puncak pertama dengan bangga. Setibanya di puncak pertama, Dizil terus menyusur laju ke bawah dan apabila sampai di lurah, Dizil terjatuh dan mengakibatkan kerosakan pada basikalnya.

Arkhan terus perlahan, setibanya di puncak pertama, Arkhan menyusun strategi dan mengawal basikalnya dengan baik ketika menuruni bukit. Dia selamat tiba dilurah dan melihat Dizil, masih merungut-rungut sendirian.

Arkhan meneruskan perjalanan ke puncak bukit kedua menggunakan momentum ketika menyusuri bukit tadi. Melihat Dizil yang kerosakan basikalnya, Arkhan melengahkan kayuhan kerana yakin akan menang. Ketika beberapa meter menuju garisan penamat. Dizil memecut dari belakang dan mendekati Arkhan. Dan akhirnya mereka menamatkan perlumbaan dalam keadaan seri.

Arkhan terkejut kehairanan melihat basikal Dizil yang mempunyai enjin serta Dizil yang ketiadaan kaki. Dizil mendekati Arkhan dan berkata "Matlamat menghalalkan cara". Rupanya Dizil telah mengorbankan kakinya untuk mendapatkan enjin basikal tersebut dan hasilnya; kepuasan.

Aku Benci Virus itu

Kapal terbang Boeng 737 milik syarikat Malaysia Airlines itu telah mendarat dari Jerman tepat jam 10:37 pagi waktu Malaysia di KLIA. Aku berada di KLIA. Bukan di kapal terbang tapi di dewan menunggu.

Seorang gadis turun dari pesawat itu. Cantik, ayu menarik perhatian. Tapi aku tak nampak kerana masih jauh dari dewan menunggu. Tak lama kemudian, para penumpang masuk ke dewan menunggu menuju ke arah penunggu masing-masing. Gadis itu pandang dan senyum kearahku. Aku membalas dengan cara yang sama. Dialah bekas pasanganku dulu. 2 tahun lalu. Kini tidak lagi. Dia menuju kearahku, semakin dekat dan pandangan kami melekat dan akhirnya kami berselisihan bahu-bahu. Cerita kami habis disini.

Gadis itu bertemu suaminya dan terus keluar dari cerita ini. Aku pula menjemput ibubapa ku yang baru balik dari Universiti Dusseldorf menghadiri konvokesyen abangku. Ketika itu, ada virus menyerang otakku dengan menyelerakkan fail-fail lama yang telah lama kususun dan simpan rapi dalam memoriku. Antivirus mengatakan virus itu bernama rindu. Dan aku benci virus itu.

04 Februari 2011

Ada Vending Machine di Padang Pasir itu.

Ada 3 orang lelaki terperangkap di sebuah padang pasir. Tidak pasti bagaiman mereka terperangkap disana. Yang pasti ketia-tiganya baru dikecewakan oleh pasangan masing-masing. 3 hari sudah berlalu. Mereka masih terperangkap. Kehausan, kelaparan dan beberapa fikiran negatif lain mencengkam otak mereka.

Sedang asyik berjalan. Salah seorang mereka menemui sebuah vending machine. Mereka mengelilingi vending machine itu lalu menyeluk saku. Masing-masing mempunyai 10 syiling emas.

Vending machine itu menawarkan sebotol air untuk 1 syiling emas. Sebuah rumah mewah beserta perabot mahal untuk 10 syiling emas. Dan seorang perempuan untuk 10 syiling emas dan seluruh hati sebagai bayaran tambahan.

Lelaki pertama, Azrie memilih air botol. 10 botol air untuk meneruskan perjalanan. Lelaki kedua, Amire memilih rumah mewah. Dia tidak mahu meneruskan perjalanan. Yang penting dia dapat kemewahan yang dia impikan selama ini. Lelaki ketiga, Syafie memilih perempuan. Jadi, dia telah menggadaikan 10 syiling emas beserta hatinya untuk itu.

Sebotol demi sebotol air Azrie habis. Azrie melihat Syafie, masih bertahan bersama perempuannya walaupun tanpa air. Oh.. Syafie sudah tiada hati, jadi dia tiada kehendak lagi.

Akhirnya mereka sampai di sebuah pantai yang sangat indah. Azrie dan perempuan itu gembira bukan kepalang. Tapi Syafie, hanya berdiam. Oh.. Syafie sudah tiada hati, jadi tiada perasaan lagi. Mereka mendirikan khemah dan api sambil menunggu bantuan. Dan pada masa itu, si perempuan memberi hatinya kepada Syafie sambil berkata "Kau telah memberikan semua wang dan seluruh hatinya kepadaku dan membawaku ke tempat yang indah ini dan inilah balasanmu. Terimalah"

"Jika aku ambil hati ini, kamu tidak punya hati lagi. Tidak mengapa, biarkan ku begini. Melihat kamu gembira turut membuat aku gembira" kata Syafie dengan nada tanpa perasaan.

"Hargaku hanyalah 10 syiling emas. Hatimu sebenarnya ada padaku. Ku simpan baik-baik. Terimalah hatiku agar kita dapat hidup bahagia bersama". Jelas perempuan itu.

Selepas itu, Syafie dan perempuan itu hidup gembira di pantai itu dan Azrie hidup kesunyian sehinggalah bantuan tiba. Sementara itu, Amire mati di istananya dalam keadaan paling kesunyian meninggalkan istana mewah di tengah padang pasir bersebelahan sebuah vending machine.

dana kakiterbang