25 Januari 2011

Kisah Zul dan Sepohon Sakura

Zul sukakan pohon sakura itu. Setiap hari selepas habis kelas tesisnya yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar itu, Zul akan duduk dibawah pohon sakura itu. Zul sangat mencintai pohon itu. Zul duduk sambil melihat pasangan-pasangan lain yang sedang kepanasan bercinta. Zul bukanlah seorang gila yang mencintai objek statik, dia juga ingin mencintai kaum hawa. tapi tiada seorang kaum hawa yang menginginkannya kerana kekurangannya. Dah tentulah kerana Zul bukanlah seorang yang kacak dan tidak punya apa-apa.

Zul berfikir jika dia duduk menghargai pohon sakura itu, pohon itu akan membalasnya dengan bunga-bunga sakura dan pemandangan yang maha cantik. Ketika itu Zul terasa seperti dicintai.

Pohon Sakura itu istimewa. Ia berbunga sepanjang tahun lagi-lagi semasa musim bunga. Malah ketika musim luruh pun pohon tu masih berbunga dengan bangga. Menggembirakan orang yang mencintainya dan orang-orang yang melihatnya.

Zul sudah menyiapkan tesisnya dan kini dia perlu pergi ke luar negara untuk pembentangan tesis. Mungkin selama sebulan, dua bulan atau selamanya. Zul tidak tahu, pohon sakura itupun tidak tahu.

Di suatu petang sehari sebelum Zul bertolak, dia bersinggah ke pohon itu untuk mengucapkan selamat tinggal. Ajaibnya, pohon itu tidak berbunga lagi. Bunga dan daunnya luruh semua dan mengotorkan lantai tanah. Yang tinggal hanyalah dahan dan ranting yang kekeringan tegak berdiri di hadapan Zul.

Zul berkata "Maafkan aku pokok. Inilah tuntutan dunia. Manusia sentiasa sibuk, perlu kesana kemari. Maaf kerana membuat kau kesedihan. Aku akan sentiasa mencintai kau".

Secara automatik, semua daun dan bunga yang gugur tadi berkumpul lalu membentuk satu jasad yang sangat dikenali; seorang manusia perempuan. Lalu perempuan itu bangun dan terus memeluk Zul erat-erat sambil berkata:

"Jangan tinggalkan aku, manusia. Aku telah jatuh cinta padamu kerana kau menjagaku, menjaga rakan-rakanku denga baik dan aku telah meminta untuk menemanimu seumur hidupku. Jadi temanilah aku kerana aku sangat memerlukanmu di alam baru ku ini.
Dan panggillah aku dengan nama Sakura".

12 Januari 2011

Dan Ku Biarkan Kau Terlepas

Belon itu cantik kerana bentuk dan juga warnanya yang menenangkan hati. Yes.. Aku berjaya mendapatkannya. Aku pegang ia kuat-kuat dan sangat menyayangi belon itu. Aku gembira dengannya.

Aku nampak satu lagi belon. Lagi cantik. Aku terus berlari kearahnya untuk mendapatkannya. Malangnya orang lain yang berjaya memilikinya. Ku bersedih tapi tak mengapa, aku masih ada belon sendiri. Ku toleh ke belakang. Belon ku tiada. Hilang. Rupa-rupanya aku terlepaskan belon itu semasa berlari tadi. Yang paling penting adalah aku terlupa belon itu diisi dengan gas helium. Gas helium adalah gas yang mudah meletup.

Dan kini, ia berada diatas, menuju ke awan kumulunimbus. Aku hanya mampun melihat. Tak lama kemudian, Hujan pun turun sambil menyanyikan lagu 'bila aku sudah tiada'.

09 Januari 2011

Dingin Itu Dihangatkan Haba.

Perempuan itu dingin. Dia begitu kerana ada kisahnya tersendiri. Aku tak tahu. Yang aku tahu adalah kisahnya pada sebulan kemudian. Ia mustahil tapi inilah realiti didalam fantasi. Ah... manusia semakin maju fikirannya terkehadapan.

Ada seseorang cuba melamarnya. Seorang jejaka, tinggi, hensem, 'manah gamal' dan tentulah orang Malaysia. Tapi dia dingin. Hatinya seperti tidak berfungsi, sepatutnya ia menghangatkan tubuh. Tapi dia dingin.

Jejaka itu tidak dilayannya. 7 hari berlalu, keadaan tetap sama. Tidak boleh begini. Hati si jejaka berkata. Satu hari, hari Indah, selepas habis kelas, si jejaka bertemu perempuan itu. Lalu si jejaka menusuk tepat ke dada perempuan itu menggunakan tangan kanan sehingga menampakkan organ dalaman dan terus memegang tepat ke hatinya. Menggenggamnya dengan erat.

Kehangatan tangan si jejaka mengalir ke hati perempuan itu seperti teori sains yang mengatakan bahawa air panas yang mencair ais dan bukan ais yang menyejukkan air panas. Seraya ia telah mengaktifkan hati yang separa beku dek kedinginannya. Si perempuan terkedu dan berasa lain. Semakin selesa. Akhirnya dia dapat merasakan semula apa yang orang kata sebagai kehangatan.

Hari itu hari Indah, daerah Lapland yang terkenal dengan legenda Snow Queen itu bersedih kerana fikirnya telah menemui legenda berkenaan tetapi malang, perempuan itu bukanlah Snow Queen, hanyalah seseorang yang tidak diaktifkan hatinya bukanlah Snow Queen yang dingin lagi mendinginkan sekelilingnya.

08 Januari 2011

Dia pilih KLCC dowh

Petang itu, Jeremy berjalan-jalan dengan aweknya di satu sudut bangunan di sawah bendang sekitar Jitra, Kedah darul Aman. Jeremy melihat KLCC lalu berkata:

Jeremy : KLCC tu cantikkan?
Aweknya: Yup, KLCC tu cantik dan glamor.
Jeremy : Awak suka glamor ke?
Aweknya: Yup, saya suke glamor. Lagi best kalau bersama awak.
Jeremy : Awak nak glamor? Pilihlah KLCC.

Tidak disangka, sudut bangunan usang itu mempunyai CCTV. Walaupun itu hanya rumah Pak Amin, Penghulu kampung berkenaan. Adegan seterusnya dirakam oleh anak Pak Amin. Razak yang juga rakan Jeremy dan Aweknya, mendakwa mereka berada di New York. Dan kini mereka glamor di Facebook dan Youtube. Menumpang keglamoran KLCC.

06 Januari 2011

Suara (Ku Berharap)

Nokia 3110c di atas meja itu kepunyaan Samsul. Sengaja dibiarkannya sejak jam 2 petang, hari Kelam yang lalu.

24 jam seterusnya. Ia masih disitu. Tidak diusik mahupun dialih, dan tiada misscall pun.

24 jam kedua yang seterusnya. Seperti 24 jam sebelumnya. Tidak diusik dan disentuh juga tiada misscall pun.

18 jam selepas 24 jam yang kedua iaitu jam 8 pagi hari Indah. Lagu 'Magic' dendangan BoB ft. River Cuomo berkumandang pada Nokia 3110c tersebut. Satu call masuk, nombor yang dikenali. Samsul menekan butang gagang hijau dan dilekatkannya di telinga.

"Selamat pagi cinta!" Teriakan seorang gadis keriangan kedengarandi bahagian atas Nokia 3110c tersebut.

Samsul terus menekan butang gagang merah, meletakkan Nokia 3110c di atas meja dan terus beredar.

Hari itu sungguh indah. Sehinggakan dari pandangan belakang Samsul sahaja dapat mengetahui bahawa Samsul sedang tersenyum.

05 Januari 2011

Gas, Liquid, Solid cinta Kamu

Dua orang berlainan jantina, berpakaian seragam sekolah sedang bermain-main cinta. Ya... cinta. Si lelaki mengeluarkan lighter membakar nafsu kedua-dua mereka lalu mengeluarkan asap-asap cinta. Maka, kedua-duanya mengumpulkan asap-asap cinta itu seboleh-bolehnya.

Si perempuan kata. tak puas dengan asap sahaja, tak boleh dipegang. Maka kedua-duanya mengkondensasi asap itu menjadi cecair yang bergemilauan. Ah.. cinta memang indah.

Si lelaki pula berkata. Yang bergemilauan perlulah diangkat, disanjung tapi keadaan sekarang tidak boleh. Maka kedua-dua mereka membekukan cinta itu menjadi satu solid kiub yang sangat indah. Mereka tersenyum puas sambil berpeluh-peluh kerana telah membuat cinta mereka sendiri.

Mereka mengangkat cinta bersama-sama. Tiba-tiba si perempuan terlihat jejeka lain. Si lelaki terlihat dara yang lain. Mereka tersandung, jatuh dan kiub cinta yang indah itu pecah berderai-derai, bertukar menjadi hitam. Mereka bertengkar sesama sendiri. 24 jam lamanya, sebelum meninggalkan sisa-sisa cinta itu bersendirian yang kemudiannya disapu oleh mak cik kleaner yang bertugas.

Terima kasih mak cik kleaner.

pengenalan

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

tiada apa yang mahu diperkatakan. selain dari ingin berkongsi cerita rekaan yang sedang diusahakan.

oleh itu. enjoy lah kerana setiap kate di sini sangat ikhlas. seikhlas air yang rela masuk ke perut kita.

dan semua kata-kata disini tidak sesuai digunakan dalam peperiksaan bahasa melayu di mana-mana sekolah. harap maklum

sekian,
editor

dana kakiterbang