09 Januari 2011

Dingin Itu Dihangatkan Haba.

Perempuan itu dingin. Dia begitu kerana ada kisahnya tersendiri. Aku tak tahu. Yang aku tahu adalah kisahnya pada sebulan kemudian. Ia mustahil tapi inilah realiti didalam fantasi. Ah... manusia semakin maju fikirannya terkehadapan.

Ada seseorang cuba melamarnya. Seorang jejaka, tinggi, hensem, 'manah gamal' dan tentulah orang Malaysia. Tapi dia dingin. Hatinya seperti tidak berfungsi, sepatutnya ia menghangatkan tubuh. Tapi dia dingin.

Jejaka itu tidak dilayannya. 7 hari berlalu, keadaan tetap sama. Tidak boleh begini. Hati si jejaka berkata. Satu hari, hari Indah, selepas habis kelas, si jejaka bertemu perempuan itu. Lalu si jejaka menusuk tepat ke dada perempuan itu menggunakan tangan kanan sehingga menampakkan organ dalaman dan terus memegang tepat ke hatinya. Menggenggamnya dengan erat.

Kehangatan tangan si jejaka mengalir ke hati perempuan itu seperti teori sains yang mengatakan bahawa air panas yang mencair ais dan bukan ais yang menyejukkan air panas. Seraya ia telah mengaktifkan hati yang separa beku dek kedinginannya. Si perempuan terkedu dan berasa lain. Semakin selesa. Akhirnya dia dapat merasakan semula apa yang orang kata sebagai kehangatan.

Hari itu hari Indah, daerah Lapland yang terkenal dengan legenda Snow Queen itu bersedih kerana fikirnya telah menemui legenda berkenaan tetapi malang, perempuan itu bukanlah Snow Queen, hanyalah seseorang yang tidak diaktifkan hatinya bukanlah Snow Queen yang dingin lagi mendinginkan sekelilingnya.

Tiada ulasan:

dana kakiterbang