18 Februari 2011

Perlumbaan Arkhan dan Dizil

Arkhan dan Dizil ingin bersaing dalam satu pertandingan. Jangan difikirkan apa itu Arkhan dan Dizil. Cukuplah sekadar tahu ianya adalah satu nama. Pertandingan merentas bukit menjadi pilihan. Ianya pertandingan tanpa peraturan bermula dari bawah bukit pertama dan berakhir di puncak bukit kedua.

Kedua-duanya dibekalkan basikal bukit. Maka bermulalah epik perlumbaan bersejarah ini. Arkhan mempunyai masalah, lambat untuk mendaki. Dizil terus laju meninggalkan jauh Arkhan menuju puncak pertama dengan bangga. Setibanya di puncak pertama, Dizil terus menyusur laju ke bawah dan apabila sampai di lurah, Dizil terjatuh dan mengakibatkan kerosakan pada basikalnya.

Arkhan terus perlahan, setibanya di puncak pertama, Arkhan menyusun strategi dan mengawal basikalnya dengan baik ketika menuruni bukit. Dia selamat tiba dilurah dan melihat Dizil, masih merungut-rungut sendirian.

Arkhan meneruskan perjalanan ke puncak bukit kedua menggunakan momentum ketika menyusuri bukit tadi. Melihat Dizil yang kerosakan basikalnya, Arkhan melengahkan kayuhan kerana yakin akan menang. Ketika beberapa meter menuju garisan penamat. Dizil memecut dari belakang dan mendekati Arkhan. Dan akhirnya mereka menamatkan perlumbaan dalam keadaan seri.

Arkhan terkejut kehairanan melihat basikal Dizil yang mempunyai enjin serta Dizil yang ketiadaan kaki. Dizil mendekati Arkhan dan berkata "Matlamat menghalalkan cara". Rupanya Dizil telah mengorbankan kakinya untuk mendapatkan enjin basikal tersebut dan hasilnya; kepuasan.

1 ulasan:

AinSyu berkata...

ko ad 3 blog k????

dana kakiterbang