25 Januari 2011

Kisah Zul dan Sepohon Sakura

Zul sukakan pohon sakura itu. Setiap hari selepas habis kelas tesisnya yang berkaitan dengan penjagaan alam sekitar itu, Zul akan duduk dibawah pohon sakura itu. Zul sangat mencintai pohon itu. Zul duduk sambil melihat pasangan-pasangan lain yang sedang kepanasan bercinta. Zul bukanlah seorang gila yang mencintai objek statik, dia juga ingin mencintai kaum hawa. tapi tiada seorang kaum hawa yang menginginkannya kerana kekurangannya. Dah tentulah kerana Zul bukanlah seorang yang kacak dan tidak punya apa-apa.

Zul berfikir jika dia duduk menghargai pohon sakura itu, pohon itu akan membalasnya dengan bunga-bunga sakura dan pemandangan yang maha cantik. Ketika itu Zul terasa seperti dicintai.

Pohon Sakura itu istimewa. Ia berbunga sepanjang tahun lagi-lagi semasa musim bunga. Malah ketika musim luruh pun pohon tu masih berbunga dengan bangga. Menggembirakan orang yang mencintainya dan orang-orang yang melihatnya.

Zul sudah menyiapkan tesisnya dan kini dia perlu pergi ke luar negara untuk pembentangan tesis. Mungkin selama sebulan, dua bulan atau selamanya. Zul tidak tahu, pohon sakura itupun tidak tahu.

Di suatu petang sehari sebelum Zul bertolak, dia bersinggah ke pohon itu untuk mengucapkan selamat tinggal. Ajaibnya, pohon itu tidak berbunga lagi. Bunga dan daunnya luruh semua dan mengotorkan lantai tanah. Yang tinggal hanyalah dahan dan ranting yang kekeringan tegak berdiri di hadapan Zul.

Zul berkata "Maafkan aku pokok. Inilah tuntutan dunia. Manusia sentiasa sibuk, perlu kesana kemari. Maaf kerana membuat kau kesedihan. Aku akan sentiasa mencintai kau".

Secara automatik, semua daun dan bunga yang gugur tadi berkumpul lalu membentuk satu jasad yang sangat dikenali; seorang manusia perempuan. Lalu perempuan itu bangun dan terus memeluk Zul erat-erat sambil berkata:

"Jangan tinggalkan aku, manusia. Aku telah jatuh cinta padamu kerana kau menjagaku, menjaga rakan-rakanku denga baik dan aku telah meminta untuk menemanimu seumur hidupku. Jadi temanilah aku kerana aku sangat memerlukanmu di alam baru ku ini.
Dan panggillah aku dengan nama Sakura".

Tiada ulasan:

dana kakiterbang