04 Februari 2011

Ada Vending Machine di Padang Pasir itu.

Ada 3 orang lelaki terperangkap di sebuah padang pasir. Tidak pasti bagaiman mereka terperangkap disana. Yang pasti ketia-tiganya baru dikecewakan oleh pasangan masing-masing. 3 hari sudah berlalu. Mereka masih terperangkap. Kehausan, kelaparan dan beberapa fikiran negatif lain mencengkam otak mereka.

Sedang asyik berjalan. Salah seorang mereka menemui sebuah vending machine. Mereka mengelilingi vending machine itu lalu menyeluk saku. Masing-masing mempunyai 10 syiling emas.

Vending machine itu menawarkan sebotol air untuk 1 syiling emas. Sebuah rumah mewah beserta perabot mahal untuk 10 syiling emas. Dan seorang perempuan untuk 10 syiling emas dan seluruh hati sebagai bayaran tambahan.

Lelaki pertama, Azrie memilih air botol. 10 botol air untuk meneruskan perjalanan. Lelaki kedua, Amire memilih rumah mewah. Dia tidak mahu meneruskan perjalanan. Yang penting dia dapat kemewahan yang dia impikan selama ini. Lelaki ketiga, Syafie memilih perempuan. Jadi, dia telah menggadaikan 10 syiling emas beserta hatinya untuk itu.

Sebotol demi sebotol air Azrie habis. Azrie melihat Syafie, masih bertahan bersama perempuannya walaupun tanpa air. Oh.. Syafie sudah tiada hati, jadi dia tiada kehendak lagi.

Akhirnya mereka sampai di sebuah pantai yang sangat indah. Azrie dan perempuan itu gembira bukan kepalang. Tapi Syafie, hanya berdiam. Oh.. Syafie sudah tiada hati, jadi tiada perasaan lagi. Mereka mendirikan khemah dan api sambil menunggu bantuan. Dan pada masa itu, si perempuan memberi hatinya kepada Syafie sambil berkata "Kau telah memberikan semua wang dan seluruh hatinya kepadaku dan membawaku ke tempat yang indah ini dan inilah balasanmu. Terimalah"

"Jika aku ambil hati ini, kamu tidak punya hati lagi. Tidak mengapa, biarkan ku begini. Melihat kamu gembira turut membuat aku gembira" kata Syafie dengan nada tanpa perasaan.

"Hargaku hanyalah 10 syiling emas. Hatimu sebenarnya ada padaku. Ku simpan baik-baik. Terimalah hatiku agar kita dapat hidup bahagia bersama". Jelas perempuan itu.

Selepas itu, Syafie dan perempuan itu hidup gembira di pantai itu dan Azrie hidup kesunyian sehinggalah bantuan tiba. Sementara itu, Amire mati di istananya dalam keadaan paling kesunyian meninggalkan istana mewah di tengah padang pasir bersebelahan sebuah vending machine.

Tiada ulasan:

dana kakiterbang